Cinta Kerana
Allah..
Apa yang dimaksudkan mencintai kerana Allah ini ya?
Apa yang dimaksudkan mencintai kerana Allah ini ya?
Sekarang ni ramai yang suka sembang mengenai “cinta kerana Allah”,
tapi kome sume tahu apa maksud sebenarnya? Bukan main sebut lagi cinta
kerana Allah ye? keh3.. Ni adalah beberapa kupasan yang sempat saya baca dari
buku Ust Burhan Sodiq, Kerana Cinta Harus Memilih.
Pengertian cinta kerana Allah adalah mencintai seseorang lantaran ketaatannya
kepada Allah atau cinta di jalan Allah. Biasanya seseorang itu bercinta kerana
suka atau tertarik terhadap kecantikan dan ketampanan pasangan, atau perkara
lain yang menarik seperti kekayaan. Dan bukan didasarkan cinta kepada Allah.
Cuba renung kembali dalam diri kita, adakah sifat cinta kerana
Allah telah ada dalam diri kita atau belum? Dan perlu diketahui , kalau
seandainya seseorang itu benar-benar cintanya kepada Allah, maka pasti dia akan berusaha menegakkan
syariat agama Allah dan tidak akan melanggar larangan-larangan Allah.
Anas bin Malik meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW Bersabda:
“Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga
dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah; sehingga dia
dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran
setelah Allah selamatkan darinya; dan sehingga Allah dan rasul-Nya lebih dia
cintai daripada selainnya.”
dari hadis ini, terdapat beberapa point penting iaitu:
1. Mencintai seseorang kerana mencari reda Allah, bukan cinta hawa
nafsu atau melanggar syariat. Seperti cinta seseorang yang ikut serta berjihad
di jalan Allah, tidak untuk tujuan duniawi. Seperti cinta seseorang untuk
beramal dan berjuang dalam organisasi. Dilakukan hanya untuk mencari keredhaan Allah.
2. Memilih dilemparkan ke dalam api daripada kembali menjadi
kafir. Orang yang telah sempurna imannya tidak akan ada yang dapat mengubahnya
menjadi kafir lagi. Dia tidak mengingkari ajaran agama yang telah diyakini seperti solat yang telah
Allah wajibkan, tidak menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, seperti
Khamar atau mengharamkan yang halal
3. Mendahulukan cinta kepada Allah dan rasul-Nya,
mengalahkan selainnya. Orang yang sempurna imannya kepada Allah dan rasulNya
lebih kuat baginya daripada hak ayahnya, ibunya, anaknya, isterinya dan semua
manusia. Membela Islam dengan ucapan dan perbuatan, mengamalkan syariat Islam,
mengikuti sunnah dan berakhlak dengan akhlak Rasulullah.
nice... alhamdulillah sdikit sbyk blog ni mberi ilmu n peringatan kpd pbacenye.. nice.. good input
BalasPadam