assalamualaikum semua n selmat sejahtera. okeyh entry pada hari ini ialah berkaitan tentang tanah. Mesti semua pelik pasal tanah pun ada cerita juga ke? betul tak? Tanah ini ada meaningnya tersendiri dan dekat Malaysia ada undang-undang khas yang disediakan berkaitan Tanah iaitu Kanun Tanah Negara 1965. Tahu tak apa yang dimaksudkan dengan tanah?
Tanah sebenarnya ialah bahagian permuakaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Tanah sangat penting perannanya bagi semua kehidupan tumbuhan di mana tmbuhan menyediakan makanan dan oksigen kemudian menyerapkan karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi tanah berbeza-beza pada satu lokasi dengan lokasi yang lain. HAH! dah pening kan semua . Mesti awak-awak semua tak sangka yang tanah ini pun banyak komponen-komponennya.. okeyh tarik nafas semua .. jom kita sambung lagi...
Tanah yang terdiri dari pedosfera terletak diantara muka litosfera dengan biosfera,atmosfera and hidrosfera. Pembentukan tanah atau pedogenesis, merupakan kesan gabungan proses fizikal,kimia,biologi dan antropogen pada bahan asal geologi yang menghasilkan lapisan tanah. Tanah adalah asas PENTING dalam pertanian untuk menjalankan penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman lain. Tanah terbentuk daripada proses luluhawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu dan terdapat banyak jenis tanah terbentuk di muka bumi yang mempunyai pelbagai ciri. Ini adalah serba sedikit berkaitan tanah yang boleh dikongsi.
Tetapi jika kita membuka Kanun Tanah Negara 1965 (AKTA 56) tanah ditafsirkan
a) permukaan bumi dan segala benda yang menjadi permukaan bumi tersebut ;
b) bumi dibawah permukaan bumi dan segala benda di dalamnya
c) segala tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaran semulajadi,sama ada atau tidak memerlukan penggunaan
buruh secara berkala untuk pengeluarannya, dan sama ada di atas atau dibawah permukaan bumi
d) segala benda yang bercantum kepada bumi atau yang terpasang kekal kepada apa-apa benda yang bercantum kepada bumi, sama ada di atas atau dibawah permukaan bumi
e) tanah yang diliputi air
Nampak betapa pentingnya mengetahui apa itu tanah?? jangan kita lihat tanah sebagai benda yang tak perlu di ambil tahu.. kerana tanah lah kita ada tempat berteduh , tempat berdiri dan macam -macam tanah ini dah berbakti kepada penghuni di muka bumi.. sama-sama kita renung-renungkan :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan