Hari kelmarin telah tiada. Hari ini sedang berlangsung. Sementara hari esok belum lahir. Harimu adalah Hari ini maka isilah ia dengan ketaatan nescaya engkau akan dapat keberuntungan.
Kami budak SUKSIS . Kami sentiasa ada untuk anda. Inilah kenangan Kami bertiga di suksis
waktu ini kami semua ada pertandingan antara Palapes Darat dan Palapes Laut . kami hanya menghantar pasukan lelaki sahaja untuk kategori rentas halangan. ALHAMDULILLAH kami menjadi johan keseluruhan. Yeah.
kami squad wanita pula telah memberi sokongan ,
ini gambar ketika kami menjalani latihan perang (inokulasi) di kem PGA ulu kinta ,IPOH perak. waktu ini kami telah banyak menimba ilmu bagaimana perjuangan pasukan keselamatan kita mempertaruhkan jiwa demi keamanan negara. Walaupun sakit yang kami rasa tapi kami diberi kesedaran yang sangat besar .
ini waktu first time kita pergi menembak. ini adalah kelas menembak. kami telah diberi penerangan mengenai M16 dan Revolver . mula-mula takut nak menembak. tapi ia sangat best
Ibadah adalah kebahagiaan, kesolehan adalah keberhasilan, dan siapa yang terus berziikir ,dan siapa yang terus berzikir, sentiasa beristighfar dan memperbanyakkan doa maka ia adalah seorang hamba yang soleh.
Sebaik-baiknya sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya , ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda.
Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saatini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda milik saat ini. Dan jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepat datangnya kesusahan dan kesedihan.
assalamualaikum semua n selmat sejahtera. okeyh entry pada hari ini ialah berkaitan tentang tanah. Mesti semua pelik pasal tanah pun ada cerita juga ke? betul tak? Tanah ini ada meaningnya tersendiri dan dekat Malaysia ada undang-undang khas yang disediakan berkaitan Tanah iaitu Kanun Tanah Negara 1965. Tahu tak apa yang dimaksudkan dengan tanah?
Tanah sebenarnya ialah bahagian permuakaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Tanah sangat penting perannanya bagi semua kehidupan tumbuhan di mana tmbuhan menyediakan makanan dan oksigen kemudian menyerapkan karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi tanah berbeza-beza pada satu lokasi dengan lokasi yang lain. HAH! dah pening kan semua . Mesti awak-awak semua tak sangka yang tanah ini pun banyak komponen-komponennya.. okeyh tarik nafas semua .. jom kita sambung lagi...
Tanah yang terdiri dari pedosfera terletak diantara muka litosfera dengan biosfera,atmosfera and hidrosfera. Pembentukan tanah atau pedogenesis, merupakan kesan gabungan proses fizikal,kimia,biologi dan antropogen pada bahan asal geologi yang menghasilkan lapisan tanah. Tanah adalah asas PENTING dalam pertanian untuk menjalankan penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman lain. Tanah terbentuk daripada proses luluhawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu dan terdapat banyak jenis tanah terbentuk di muka bumi yang mempunyai pelbagai ciri. Ini adalah serba sedikit berkaitan tanah yang boleh dikongsi.
Tetapi jika kita membuka Kanun Tanah Negara 1965 (AKTA 56) tanah ditafsirkan
a) permukaan bumi dan segala benda yang menjadi permukaan bumi tersebut ;
b) bumi dibawah permukaan bumi dan segala benda di dalamnya
c) segala tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaran semulajadi,sama ada atau tidak memerlukan penggunaan
buruh secara berkala untuk pengeluarannya, dan sama ada di atas atau dibawah permukaan bumi
d) segala benda yang bercantum kepada bumi atau yang terpasang kekal kepada apa-apa benda yang bercantum kepada bumi, sama ada di atas atau dibawah permukaan bumi
e) tanah yang diliputi air
Nampak betapa pentingnya mengetahui apa itu tanah?? jangan kita lihat tanah sebagai benda yang tak perlu di ambil tahu.. kerana tanah lah kita ada tempat berteduh , tempat berdiri dan macam -macam tanah ini dah berbakti kepada penghuni di muka bumi.. sama-sama kita renung-renungkan :)
Ku coba ungkap tabir ini Kisah antara kau dan aku Terpisahkan oleh ruang dan waktu Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan Cintamu yang tlah lama hilang Kau pergi jauh karena salahku Yang tak pernah menganggap kamu ada... Kedengaran lagu kegemaranku melalui earphone yang aku pasang ditelinga setelah bersilih ganti lagu yang dimainkan. Ya, ini lagu kegemaranku, Firman -Kehilangan.
Tapi kali ini aku rasa bagaikan kosong tanpa nada... Hatiku seperti mengikut setiap rentak lirik itu, meronta-ronta dan amat sakit rasanya hati ini. Dah lebih seminggu aku jadi begini. Seperti orang yang tak tentu arah tujuannya. Fikiranku kusut bercelaru. Hatiku kosong tanpa ada yang peduli.
Aaah, stressss!!
Apehal la aku ni? Nak kata ada masalah dengan awek, awek pon aku takde. Masalah kawan, aah, impossible... Ok ja hubungan aku dengan member aku. Selalu ja lepak-lepak kat bistro sambil layan bola sampai pagi. Takkan jiwa kacau kot? Aduss, parah nih. Apehal la pulak dengan aku ni?
Asmara memisahkan kita Mengingatkanku pada dirimu Gelora mengingatkanku Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa Hidup tanpa ada kamu aku gila Seandainya kamu bisa Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi..
Aku suka lagu ni. Liriknya yang paling aku suka. Setiap hari aku akan nyanyi lagu ni sampai naik pekak semua roomate aku. Ahahaha, padan muka tapi kesian jugak sebenarnya, terpaksa tadah telinga dengar nyanyian aku yang 'sangat' merdu ni. Tapi malam ni, seolah-olah mood aku tertukar, jadi makin KEHILANGAN aku rasa. ..Alamak... Oh, baru teringat, aku tak solat isyak lagi.. Hehehe, solat dulu lah.
Lama aku berada di tikar sejadahku, memikirkan kenape la aku rasa macam kosong jer jiwa ni? Kehilangan. Ya, itu semestinya. Aku cuba ingat kembali apa yang telah aku buat sepanjang minggu ni. Owh, aku selalu solat di akhir waktu. Masalah bertimbun-timbun. Kerja tak siap-siap. Hati pulak rasa kosong.
Mungkin sebab aku jauh dari Allah ni. Dah lama tak duduk lama-lama atas tikar sejadah pemberian arwah ibu ni. Tiba-tiba teringat pesan ibu;
" Belajar rajin-rajin, jadi anak yang soleh tau. Paling penting, mesti selalu dekat dengan Allah."
Tersentap. Disaat ini aku rasa air mata jantanku mengalir laju. Aku dah jauh. Jauh dari Sang Pencipta. Dah lama tak mengadu pada-Nya. Ya, memang sangat lama. Namun, Dia tetap memberiku segalanya, menjaga makan dan minumku, kesihatanku, dan segalanya. Mengapa aku melupakan-Nya? Betapa banyaknya nikmat yang Dia berikan pada aku, namun sedikitpun tiada rasa rindu kepada-Nya? Kejamnya aku. "Allahummaghfirli.." Ampunkan aku, Allah"..
Terasa malu sendiri, Ya Allah. Bila banya masalahbaru nak dekatkan diri dengan Allah. Time senang, takde pulak nak dekat dengan Allah. Teruknya aku. Teringat akan firman Allah dalam Surah Az-Zumar, ayat 54;
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kerana sesudah itu kamu tidak dapat ditolong."
Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk sedar. Aku melipat tikar sejadahku, dan meneruskan kehidupanku seperti makhluk Allah yang lain, tapi kali ni berbeza. Ada semangat baru dalam hati.
Sejujurnya ku tak bisa Hidup tanpa ada kamu aku gila Seandainya kamu bisa Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)
Rupa-rupanya Allah cuba dekatkan aku dengan medium yang melalaikan aku selama ini. Aku tersenyum sendiri. Kehilangan- Terima Kasih Firman!
Allah, I need Allah, And the hearts all over the world tonight. I said there’s hearts all over the world tonight
What can I do? I need Allah, And the hearts all over the world tonight. I said there’s hearts all over the world tonight
Wish I was smarter, when I was younger. Found something better – made me a winner and, I’m so glad to be Yours! It’s my life that you own.
I start my journey when You forgive me I swear my whole world stops. You are in my heart and, I’m so glad that its fine You are One truly kind…
You lighten me! (I) Feel it, through and through, and For sure ya Rabbee, there ain’t nothing You can’t do! Because if I got You, I don’t need money! I don’t need cars! Lord, you’re my all!
And…Oh! I’m into You my Lord, No one else would do! With every test you put me through, the miracles, you help me do.. And now I know I can’t be the only one, I bet there’s hearts all over the world tonight, with the Love of their life who feel…what I feel when I’m
With You, with You, with You, with You, ya Rahman! With You, with You, with You, ya Raheem!
I don’t want nobody else Without You there’s no one left and, the Master of judgment day, I got to have Your love and I cannot do without,
If I got You, I don’t need money! I don’t need cars! Lord, you’re my all!
Oh! I’m into You my Lord, No one else would do! With every test you put me through, the miracles, you help me do..
With You, with You, with You, with You, ya Rahman! With You, with You, with You, ya Raheem!
And I will never try to deny, That You are my life,
Because if You ever let me go I would die!
So, I won’t front! I don’t need another mission, I just need you as my vision! If I got You, I’ll be straight, Rabbee I need you every day!
I need Allah… And the hearts all over the world tonight, I said there’s hearts all over the world tonight What can I do?
I need Allah… And the hearts all over the world tonight, I said there’s hearts all over the world tonight
Rab ighfirly Fantal kareemuu!
Wa3fu ya rabbee Fantar raheemuu!
With You, with You, with You, with You, ya Rahman! With You, with You, with You, ya Raheem!
Apa yang dimaksudkan mencintai kerana Allah ini
ya?
Sekarang ni ramai yang suka sembang mengenai “cinta kerana Allah”,
tapi kome sume tahu apa maksud sebenarnya? Bukan main sebut lagi cinta
kerana Allah ye? keh3.. Ni adalah beberapa kupasan yang sempat saya baca dari
buku Ust Burhan Sodiq, Kerana Cinta Harus Memilih.
Pengertian cinta kerana Allah adalah mencintai seseorang lantaran ketaatannya
kepada Allah atau cinta di jalan Allah. Biasanya seseorang itu bercinta kerana
suka atau tertarik terhadap kecantikan dan ketampanan pasangan, atau perkara
lain yang menarik seperti kekayaan. Dan bukan didasarkan cinta kepada Allah.
Cuba renung kembali dalam diri kita, adakah sifat cinta kerana
Allah telah ada dalam diri kita atau belum? Dan perlu diketahui , kalau
seandainya seseorang itu benar-benar cintanya kepada Allah, maka pasti dia akan berusaha menegakkan
syariat agama Allah dan tidak akan melanggar larangan-larangan Allah.
Anas bin Malik meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW Bersabda:
“Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga
dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah; sehingga dia
dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran
setelah Allah selamatkan darinya; dan sehingga Allah dan rasul-Nya lebih dia
cintai daripada selainnya.”
dari hadis ini, terdapat beberapa point penting iaitu:
1. Mencintai seseorang kerana mencari reda Allah, bukan cinta hawa
nafsu atau melanggar syariat. Seperti cinta seseorang yang ikut serta berjihad
di jalan Allah, tidak untuk tujuan duniawi. Seperti cinta seseorang untuk
beramal dan berjuang dalam organisasi. Dilakukan hanya untuk mencari keredhaan Allah.
2. Memilih dilemparkan ke dalam api daripada kembali menjadi
kafir. Orang yang telah sempurna imannya tidak akan ada yang dapat mengubahnya
menjadi kafir lagi. Dia tidak mengingkari ajaran agama yang telah diyakini seperti solat yang telah
Allah wajibkan, tidak menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, seperti
Khamar atau mengharamkan yang halal
3. Mendahulukan cinta kepada Allah dan rasul-Nya,
mengalahkan selainnya. Orang yang sempurna imannya kepada Allah dan rasulNya
lebih kuat baginya daripada hak ayahnya, ibunya, anaknya, isterinya dan semua
manusia. Membela Islam dengan ucapan dan perbuatan, mengamalkan syariat Islam,
mengikuti sunnah dan berakhlak dengan akhlak Rasulullah.
Dalam sebuah kitab karangan ‘Ustman
bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam
abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah
menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : “Wahai akal
mengadaplah engkau.” Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu
akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T.
berfirman lagi yang bermaksud : “Wahai akal! Siapakah aku?”. Lalu akal pun
berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang
daif dan lemah.”
Lalu Allah S.W.T berfirman
yang bermaksud : “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia
daripada engkau.”
Setelah itu Allah S.W.T
menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : “Wahai nafsu,
mengadaplah kamu!”. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian
Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah
Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”
Setelah itu Allah S.W.T
menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah
Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah
dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan
siapakah Aku?”. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, ” Aku adalah hamba-Mu
dan Kamu adalah tuhanku.”
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah
S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat
oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal
kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
"Dan Aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku . sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang. " (surah yusuf: 53)