Isnin, 9 Disember 2013

suksis kenangan

Kami budak SUKSIS .  Kami sentiasa ada untuk anda. Inilah kenangan Kami bertiga di suksis
 waktu ini kami semua ada pertandingan antara Palapes Darat dan Palapes Laut . kami hanya menghantar pasukan lelaki sahaja untuk kategori rentas halangan. ALHAMDULILLAH kami menjadi johan keseluruhan. Yeah.
kami squad wanita pula telah memberi sokongan ,
ini gambar ketika kami menjalani latihan perang (inokulasi) di kem PGA ulu kinta ,IPOH perak. waktu ini kami telah banyak menimba ilmu bagaimana perjuangan pasukan keselamatan kita mempertaruhkan jiwa demi keamanan negara. Walaupun sakit yang kami rasa tapi kami diberi kesedaran yang sangat besar .


ini waktu first time kita pergi menembak. ini adalah kelas menembak. kami telah diberi penerangan mengenai M16 dan Revolver . mula-mula takut nak menembak. tapi ia sangat best

Isnin, 2 Disember 2013

Mutiara Kata 1

Ibadah adalah kebahagiaan, kesolehan adalah keberhasilan, dan siapa yang terus berziikir ,dan siapa yang terus berzikir, sentiasa beristighfar dan memperbanyakkan doa maka ia adalah seorang hamba yang soleh.

Sebaik-baiknya sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya  , ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda.

Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saatini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda milik saat ini. Dan jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepat datangnya kesusahan dan kesedihan.

Apa Itu Tanah?

assalamualaikum semua n selmat sejahtera. okeyh entry pada hari ini  ialah berkaitan tentang tanah. Mesti semua pelik pasal tanah pun ada cerita juga ke? betul tak? Tanah ini ada meaningnya tersendiri dan dekat Malaysia ada undang-undang khas yang disediakan berkaitan Tanah iaitu Kanun Tanah Negara 1965.  Tahu tak apa yang dimaksudkan dengan tanah?

Tanah sebenarnya ialah bahagian permuakaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Tanah sangat penting perannanya bagi semua kehidupan tumbuhan di mana tmbuhan menyediakan makanan dan oksigen kemudian menyerapkan karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi tanah berbeza-beza pada satu lokasi dengan lokasi yang lain. HAH! dah pening kan semua . Mesti awak-awak semua tak sangka yang tanah ini pun banyak komponen-komponennya.. okeyh tarik nafas semua .. jom kita sambung lagi...

Tanah yang terdiri dari pedosfera terletak diantara muka litosfera dengan biosfera,atmosfera and hidrosfera. Pembentukan tanah atau pedogenesis, merupakan kesan gabungan proses fizikal,kimia,biologi dan antropogen pada bahan asal geologi yang menghasilkan lapisan tanah. Tanah adalah asas PENTING dalam pertanian untuk menjalankan penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman lain.  Tanah terbentuk daripada proses luluhawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu dan terdapat banyak jenis tanah terbentuk di muka bumi yang mempunyai pelbagai ciri. Ini adalah serba sedikit berkaitan tanah yang boleh dikongsi.




Tetapi jika kita membuka Kanun Tanah Negara 1965 (AKTA 56) tanah ditafsirkan
a) permukaan bumi dan segala benda yang menjadi permukaan bumi tersebut ;
b) bumi dibawah permukaan bumi dan segala benda di dalamnya
c) segala tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaran semulajadi,sama ada atau tidak memerlukan penggunaan
buruh secara berkala untuk pengeluarannya, dan sama ada di atas atau dibawah permukaan bumi
d) segala benda yang bercantum kepada bumi atau yang terpasang kekal kepada apa-apa benda yang bercantum kepada bumi, sama ada di atas atau dibawah permukaan bumi
e) tanah yang diliputi air

Nampak betapa pentingnya mengetahui apa itu tanah?? jangan kita lihat tanah sebagai benda yang tak perlu di ambil tahu.. kerana tanah lah kita ada tempat berteduh , tempat berdiri dan macam -macam tanah ini dah berbakti kepada penghuni di muka bumi.. sama-sama kita renung-renungkan :)





















Ahad, 1 Disember 2013

KEHILANGAN- Terima Kasih Firman!


KEHILANGAN- Terima Kasih Firman!




Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku


Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada...

Kedengaran lagu kegemaranku melalui earphone yang aku pasang ditelinga setelah bersilih ganti lagu yang dimainkan. Ya, ini lagu kegemaranku, Firman -Kehilangan.


Tapi kali ini aku rasa bagaikan kosong tanpa nada... Hatiku seperti mengikut setiap rentak lirik itu, meronta-ronta dan amat sakit rasanya hati ini. Dah lebih seminggu aku jadi begini. Seperti orang yang tak tentu arah tujuannya. Fikiranku kusut bercelaru. Hatiku kosong tanpa ada yang peduli.


Aaah, stressss!!


Apehal la aku ni? Nak kata ada masalah dengan awek, awek pon aku takde. Masalah kawan, aah, impossible... Ok ja hubungan aku dengan member aku. Selalu ja lepak-lepak kat bistro sambil layan bola sampai pagi. Takkan jiwa kacau kot? Aduss, parah nih. Apehal la pulak dengan aku ni?





Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku


Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita


Takkan ku sia-siakan kamu lagi..



Aku suka lagu ni. Liriknya yang paling aku suka. Setiap hari aku akan nyanyi lagu ni sampai naik pekak semua roomate aku. Ahahaha, padan muka tapi kesian jugak sebenarnya, terpaksa tadah telinga dengar nyanyian aku yang 'sangat' merdu ni. Tapi malam ni, seolah-olah mood aku tertukar, jadi makin KEHILANGAN aku rasa. ..Alamak... Oh, baru teringat, aku tak solat isyak lagi.. Hehehe, solat dulu lah.


Lama aku berada di tikar sejadahku, memikirkan kenape la aku rasa macam kosong jer jiwa ni? Kehilangan. Ya, itu semestinya. Aku cuba ingat kembali apa yang telah aku buat sepanjang minggu ni. Owh, aku selalu solat di akhir waktu. Masalah bertimbun-timbun. Kerja tak siap-siap. Hati pulak rasa kosong.


Mungkin sebab aku jauh dari Allah ni. Dah lama tak duduk lama-lama atas tikar sejadah pemberian arwah ibu ni. Tiba-tiba teringat pesan ibu;


" Belajar rajin-rajin, jadi anak yang soleh tau. Paling penting, mesti selalu dekat dengan Allah."


Tersentap. Disaat ini aku rasa air mata jantanku mengalir laju. Aku dah jauh. Jauh dari Sang Pencipta. Dah lama tak mengadu pada-Nya. Ya, memang sangat lama. Namun, Dia tetap memberiku segalanya, menjaga makan dan minumku, kesihatanku, dan segalanya. Mengapa aku melupakan-Nya? Betapa banyaknya nikmat yang Dia berikan pada aku, namun sedikitpun tiada rasa rindu kepada-Nya? Kejamnya aku. "Allahummaghfirli.." Ampunkan aku, Allah"..


Terasa malu sendiri, Ya Allah. Bila banya masalahbaru nak dekatkan diri dengan Allah. Time senang, takde pulak nak dekat dengan Allah. Teruknya aku. Teringat akan firman Allah dalam Surah Az-Zumar, ayat 54;


"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kerana sesudah itu kamu tidak dapat ditolong."


Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk sedar. Aku melipat tikar sejadahku, dan meneruskan kehidupanku seperti makhluk Allah yang lain, tapi kali ni berbeza. Ada semangat baru dalam hati.


Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita


Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila


Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)

Rupa-rupanya Allah cuba dekatkan aku dengan medium yang melalaikan aku selama ini. Aku tersenyum sendiri. Kehilangan- Terima Kasih Firman!


#iLoveAllah

TENGAH BORING KER TU? jom layan -->


With You Lyrics (Raef Cover) Chris Brown

By: Raef
Allah,
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there’s hearts all over the world tonight
What can I do?
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there’s hearts all over the world tonight
Wish I was smarter, when I was younger.
Found something better – made me a winner and,
I’m so glad to be Yours!
It’s my life that you own.

I start my journey when You forgive me
I swear my whole world stops.
You are in my heart and, I’m so glad that its fine
You are One truly kind…
You lighten me!
(I) Feel it, through and through, and
For sure ya Rabbee, there ain’t nothing You can’t do!
Because if I got You,
I don’t need money!
I don’t need cars!
Lord, you’re my all!
And…Oh!
I’m into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..
And now I know I can’t be the only one,
I bet there’s hearts all over the world tonight,
with the Love of their life who feel…what I feel when I’m
With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!
I don’t want nobody else
Without You there’s no one left and,
the Master of judgment day,
I got to have Your love and I cannot do without,
If I got You,
I don’t need money!
I don’t need cars!
Lord, you’re my all!
Oh!
I’m into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..
With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!
And I will never try to deny,
That You are my life,
Because if You ever let me go I would die!
So, I won’t front!
I don’t need another mission,
I just need you as my vision!
If I got You, I’ll be straight,
Rabbee I need you every day!
I need Allah…
And the hearts all over the world tonight,
I said there’s hearts all over the world tonight
What can I do?
I need Allah…
And the hearts all over the world tonight,
I said there’s hearts all over the world tonight
Rab ighfirly
Fantal kareemuu!
Wa3fu ya rabbee
Fantar raheemuu!
With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!
Raef’s cover of Chris Brown’s “With You”
[Cover Lyrics : Omar N. Khan Music/Arrangment : Justin Chapman Filmed at: LaWien Coffee (Cairo, Egypt)
Director: Karim Shaaban © 2012 Awakening Records]
أليس الله بكاف عبده ؟
“Is not God enough for His servant?” (Quran 39:36)

Rabu, 27 November 2013

Cinta kerana Allah




 Cinta Kerana Allah..

Apa yang dimaksudkan mencintai kerana Allah ini ya?
Sekarang ni ramai yang suka sembang mengenai “cinta kerana Allah”, tapi kome sume tahu apa maksud sebenarnya? Bukan main  sebut lagi cinta kerana Allah ye? keh3.. Ni adalah beberapa kupasan yang sempat saya baca dari buku Ust Burhan Sodiq, Kerana Cinta Harus Memilih.
Pengertian cinta kerana Allah adalah mencintai seseorang lantaran ketaatannya kepada Allah atau cinta di jalan Allah. Biasanya seseorang itu bercinta kerana suka atau tertarik terhadap kecantikan dan ketampanan pasangan, atau perkara lain yang menarik seperti kekayaan. Dan bukan didasarkan cinta kepada Allah.
Cuba renung kembali dalam diri kita, adakah sifat cinta kerana Allah telah ada dalam diri kita atau belum? Dan perlu diketahui , kalau seandainya seseorang itu benar-benar cintanya kepada Allah, maka pasti dia akan berusaha menegakkan syariat agama Allah dan tidak akan melanggar  larangan-larangan Allah.
Anas bin Malik meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW Bersabda:
“Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah; sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya; dan sehingga Allah dan rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.”
dari hadis ini, terdapat beberapa point penting iaitu:
1. Mencintai seseorang kerana mencari reda Allah, bukan cinta hawa nafsu atau melanggar syariat. Seperti cinta seseorang yang ikut serta berjihad di jalan Allah, tidak untuk tujuan duniawi. Seperti cinta seseorang untuk beramal dan berjuang dalam organisasi. Dilakukan hanya untuk mencari keredhaan Allah.
2. Memilih dilemparkan ke dalam api daripada kembali menjadi kafir. Orang yang telah sempurna imannya tidak akan ada yang dapat mengubahnya menjadi kafir lagi. Dia tidak mengingkari ajaran agama yang telah diyakini seperti solat yang telah Allah wajibkan, tidak menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, seperti Khamar atau mengharamkan yang halal
3. Mendahulukan cinta  kepada Allah dan rasul-Nya, mengalahkan selainnya. Orang yang sempurna imannya kepada Allah dan rasulNya lebih kuat baginya daripada hak ayahnya, ibunya, anaknya, isterinya dan semua manusia. Membela Islam dengan ucapan dan perbuatan, mengamalkan syariat Islam, mengikuti sunnah dan berakhlak dengan akhlak Rasulullah. 




ASAL KEJADIAN NAFSU



Asal Kejadian Nafsu 

Dalam sebuah kitab karangan ‘Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : “Wahai akal mengadaplah engkau.” Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.

           Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : “Wahai akal! Siapakah aku?”. Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”

           Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”

            Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : “Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”

             Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, ” Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.”

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

"Dan Aku tidak  (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku . sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang. " (surah yusuf: 53)



BERSABARLAH DUHAI HATI




BERSABARLAH DUHAI HATI...... 








 


Ayat Al-Quran yang dimaksudkan adalah firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah (pula) bersedih hati. Dan kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) sekiranya kamu orang-orang beriman.” [Al-Imran : 139]
Ayat ini berkait rapat dengan peristiwa Uhud, ketikamana tentera Islam mula alpa dan leka di saat mereka sudah mula mendapatkan kemenangan, maka tentera kuffar ketika itu mengambil peluang untuk menyerang balas semula mereka sehingga ramai di kalangan mereka mengalami kecederaan termasuklah Rasul s.a.w. yang mengalami kecederaan yang teruk.
Ayat ini menjadi pemujuk dan sumber kekuatan agar orang-orang beriman tidak berundur dari perjuangan mereka meskipun mereka mengalami banyak kerugian dan ramai yang mati syahid.

Perjuangan Sentiasa Ada Pahit Getirnya, Tidak Ada Perjuangan Yang Mudah

Perjuangan untuk menegakkan kebenaran tidak akan sentiasa mudah. Jalannya tidak dibentang karpet merah apalagi dihidang dengan anggur dan buah-buahan enak bagaikan para pembesar di istana. Bahkan, jalannya sentiasa akan dicabar dan diuji dengan pelbagai macam mehnah dan kesusahan.
Para Nabi, para sahabat, salafussoleh serta para pendakwah yang telah lebih awal mendahului kita, mereka telah menempuh kesusahan dan kepayahan itu. Barangkali ada yang syahid di pertengahan perjuangan, tidak sempat menyaksikan hasil akhir perjuangan, namun itu tidak pernah menjadi penyebab untuk mereka yang masih hidup berputus asa dan tidak meneruskan lagi perjuangan.
Nabi s.a.w. yang menjadi kecintaan para sahabatnya pun meninggalkan para sahabatnya sehingga para sahabat menangis kesedihan, sehingga Umar pun hilang pertimbangan untuk seketika kerana terlalu sedih, namun perjuangan Islam, dakwah Islam tetap diteruskan selepas itu. Tidak berhenti. Mereka tidak berhenti dan berputus asa meski Nabi tiada lagi di sisi.
Ketika mereka berjuang bersama-sama Nabi s.a.w., membawa risalah Islam di dalam masyarakat Makkah, bukan mereka tidak tahu yang mereka pasti akan menghadapi cabaran dan rintangan daripada masyarakat mereka. Namun, kerana cinta mereka kepada Allah dan Nabi-Nya mengatasi segalanya, maka tidak ada yang dapat menghalang mereka bersama dalam gerabak perjuangan Nabi s.a.w. untuk memahamkan manusia tentang Islam.
Ketika mereka berjuang juga, tidaklah mereka itu dapat mengagak yang satu hari nanti mereka akan dapat membuka dan membersihkan semula Kota Makkah, mereka juga tidak pernah diberitahu oleh Tuhan atau Nabi seawal  mereka masuk Islam, bahawa kalau mereka ini bersama dengan perjuangan Islam, nescaya Allah akan memenangkan mereka di dalam Perang Badar dan banyak lagi peperangan yang lain. Natijah perjuangan itu mereka letakkan pada Allah dan mereka berusaha sekuat daya sehinggalah mereka mati di atas jalan perjuangan itu.
Tidak mudah untuk memiliki kekuatan jiwa sedemikian. Untuk tetap terus bertahan dan bersabar di medan perjuangan kala ujian, cabaran, tohmahan dan fitnah menghujani kita, ia perlukan lebih dari sekadar kekuatan tubuh fizikal.

Jangan Sampai Kelemahan Dan Kesedihan Membantutkan Perjuangan

Manusia bukan robot. Sekali-sekala berada dalam perjuangan sedemikian, ia pasti diuji dengan rasa lemah dan sedih.
Rasa lemah kerana kehilangan orang tersayang. Sedih kerana keluarga kesayangan telah syahid dalam perjuangan. Rasa lemah kerana diri cepat betul lalai ketika berseorangan. Rasa sedih kerana orang-orang yang lemah dan tidak bersalah terus-menerus dizalimi. Rasa lemah kerana memikirkan keterbatasan dan kemampuan diri. Rasa sedih kerana dunia muslim yang bergolak dan ramai pula muslim yang murah maruah dirinya.
Rasa lemah kerana usaha dakwah kita dikritik dan dihentam oleh orang. Rasa sedih kerana dakwah tidak bersambut.
Lantas, apakah dengan rasa sedih dan rasa lemah ini kita akan berhenti daripada meneruskan jejak perjuangan kita selama ini? Apakah rasa sedih dan lemah kerana ujian yang kita hadapi ini akan membunuh semangat dan kesungguhan kita dalam berjuang?
Maka, ayat 139 daripada surah Al-Imran yang telah disebutkan di awal tadi sangat signifikan sebagai pemujuk kala kita merasa lemah dan sedih.
Sayyid Qutb menyebutkan dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran berkaitan dengan ayat ini yang bermaksud :
“Sekiranya kamu adalah orang yang benar-benar beriman, maka janganlah merasa lemah dan merasa sedih. Adalah menjadi sunnatullah kita akan diuji dan teruji, dan bagi kamu itu ada kerehatan selepas jihad (bersusah-payah), ujian dan tapisan sebagaimana firman Allah :
“Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka maka mereka pun (pada perang badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran), dan agar Allah membedakan antara orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan agar sebahagian kami dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang zalim. Dan kerana hendak membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang kafir.” [Al-Imran : 140-141]

 Tetaplah Terus Mara Ke Depan !

Bila kita melibatkan diri dalam perjuangan Islam, bukanlah kita ingin mengutip habuan atau kepentingan untuk diri kita semata-mata.
Tetapi, kita melibatkan diri dalam perjuangan Islam adalah kerana kita ingin memenangkan Islam.
Kita tidak akan pernah tahu apakah hasil di hujung perjuangan itu. Kita memang mengharapkan kemenangan akhir adalah milik Islam, tetapi kita tidak akan pernah tahu apakah ketika kemenangan akhir itu dicapai, ia berlaku di zaman kita atau di zaman-zaman selepas kita.
Sebab itu, janganlah merasa lemah dan dukacita andai perjuangan kita sekarang tidak menampakkan hasil kemenangan yang besar. Kerana perjuangan Islam ini bersifat nafas panjang, maka kalau pun kemenangan itu tidak dicapai di masa kita, sekurang-kurangnya kita menjadi salah satu penyebab ke arah kemenangan itu yang mungkin berlaku pada zaman selepas kita.
Tetaplah terus mara ke depan.
Walau diuji, jatuh berkali-kali, jangan lelah untuk terus bangkit dan meneruskan jejak perjuangan.
Di kala kita menghadapi kesulitan di jalan perjuangan, pasti ada kemanisan dan kebahagiaan yang Allah hadiahkan.
Jangan lelah untuk terus mara ke depan